Pages

Tuesday, December 14, 2010

Sedikit Pandangan Tentang Bundles


Assalamualaikum semua. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk blog kami. Di sini, saya ingin menyatakan sedikit pendapat atau pandangan saya tentang barangan terpakain atau lebih dikenali juga barangan bundle. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat segelintir golongan yang memandang rendah dan hina terdapat barangan bundle. Mereka menganggap bahawa golongan yang memakai pakaian atau barangan bundle adalah golongan kelas bawahan dan tidak mampu setaraf dengan mereka yang lain. Pada pendapat saya, saya menyatakan mereka ini adalah orang yang tidak berpandangan jauh di mana mereka memandang rendah tentang industri bundle ini. Malah adalah lebih menguntungkan sekiranya kita dapat membeli barangan yang mewah seperti Louis Vuitton, Prada, Gucci, Paul Smith dan pelbagai lagi dengan harga yang lebih murah iaitu berkali-kali ganda lebih murah dengan kualiti dan barang yang sama didapati di butik-butik tersebut. Cuma kadang-kadang barangan tersebut telah dipakai dan sekiranya bernasib baik,dapat juga barangan yang baru sahaja dipakai dan semestinya kualiti yang lebih baik.

Mungkin segelintir bertanyakan bahawa mungkin yang dijual atau dibeli adalah barangan curi. Memang tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir golongan yang mengambil cara ini untuk menjana pendapatan mereka dan saya dan rakan-rakan seperjuangan mengutuk keras perbuatan seperti itu kerana menjejaskan kredibiliti bundle itu sendiri dan diri mereka juga.

Namun bagi saya, bundles memberi kelebihan dan fesyen tersendiri kepada masyarakat kita. Malah, golongan bundle menjadi pendahulu dalam dunia fesyen tempatan. Jadi, kesimpulannya, pandangla bundle pada pandangan yang positif dan yang paling penting jagalah hukum-hakam Islam.TQ

No comments:

Post a Comment